Friday 25 January 2013

Berhenti dan berfikir sejenak. Sekadar monolog dalaman..

Kenapa memilih yang haram sedangkan ada yang halal, satu persoalan timbul..Kerana yang haram lebih mudah diperolehi daripada yang halal..?..Betul juga..Apa Contohnya..

Dalam soal mencari wang, ada orang memilih untuk bekerja, ada orang memilih untuk mencuri. Pilihan mana yang mudah dan cepat..Andai memilih untuk bekerja, perlu melakukan pelbagai kerja..Cukup bulan wang masuk ke dalam bank. Walhal sekiranya memilih untuk mencuri hasilnya jelas lebih cepat dan pantas..Bukan kah begitu?
Begitulah aturan-Nya..Sangat sempurna.

Contoh yang lain..? Sebentar..hmm..Begini, dalam soal hubungan antara lelaki dan perempuan, bukan kah mudah untuk kita meluahkan perasaan rindu, sayang antara satu sama lain. Semudah menghantar pesanan ringkas "i miss u", saya sayang awk ataupun kita boleh terus menelefon pasangan kita dan menyatakan benda yang sama. Tetapi..adakah itu merupakan jalan yang betul andai kata pasangan kita bukanlah pasangan yang sah. Apa yang kita perolehi? Pahala setinggi gunung..? Jauh sekali..Malahan hanya menggelapkan hati..Bukankah lebih indah andai pasangan itu disatukan dengan cara yang betul, andai kedua-duanya betul ingin meluahkan perasaan sayang antara satu sama lain..Jalan yang terbaik adalah melalui perkahwinan bukan. Betul..Namun, berapa ramai yang berusaha untuk memilih jalan yang ringkas iaitu dengan terus kan hubungan umpama sepasang suami isteri sedangkan mereka sedar bahawa apa yang mereka lakukan itu salah..Kerana apa..? Yang haram itu lebih mudah diperolehi daripada yang halal..
Sangat sempurna bukan aturan-Nya..

Contoh yang terakhir..? Paling mudah..Syurga dan neraka..Berapa ramai orang yang mahu ke syurga..Sudah tentu semua orang bukan..? Tetapi..Apabila di nilai perbuatan seharian kita..Adakah kita berusaha untuk ke syurga..Ataupun..Kita lebih banyak meluangkan masa yang tanpa kita sedari menyebabkan kita menuju ke neraka..Adakah apa yang kita lakukan hari demi hari setimpal untuk membolehkan kita perolehi ganjaran-Nya yang terbesar itu..? Tanpa disedari kita sedar bahawasanya kita lebih gemar melakukan perkara yang dilarang.Sedangkan sangat jelas yang dilarang itu yang sepatutnya kita jauhi. Tetapi oleh kerana yang dilarang itu lebih mudah untuk dilakukan..Maka ramai yang memilih untuk terus melakukanya..

Kita sedar dengan apa yang berlaku di sekeliling kita..Dan perkara yang membezakan kita di antara satu sama lain adalah "pilihan" yang kita lakukan dalam menjalani kehidupan seharian kita..Islam itu benar agama yang mudah..Segalanya amat mudah..Cuma dalam menentukan pilihan yang betul..Kita sering tewas dengan godaan dunia dan memilih pilihan yg salah..Kerana apa..Yang salah itu sangat mudah untuk diperolehi..

PS : Ramai orang yg tewas dengan dunia. Sedangkan yang benar2 kita idamkan ialah akhirat. Muhasabah diri.

No comments:

Post a Comment