Friday, 12 July 2013

so this morning i came across this song . . .

"Pergi dengar lagu dia dulu baru baca maksud tersirat, Very interesting, dan aku pernah dengar..tentang umat Islam yang terpecah kepada 73 golongan, dan hanya satu daripadanya yang terselamat"
=Sharing is caring=

Maksud Tersirat Lagu Tanya Sama Itu Hud-Hud Nyanyian M.Nasir

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Pernahdengar tak hadith Rasulullah s.a.w tentang umat Islam yang terpecahkepada 73 golongan, dan daripada kesemua ini hanya satu golongan yang terselamat dari seksaan neraka iaitu golongan (jemaah) yang mengikuti sunnah Rasulullah dan sahabatnya.

Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecahkepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umatIslam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluhdua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuksyurga, iaitu al-Jamaah. (lihat Sunan Abu Daud no 4429)

Maknanya,yang sampai itu bermaksud yang selamat. Hanya ada satu jalan untuk selamat iaitu dengan mengikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat.Agak-agaknya la kan, kita ni mengikut sunnah baginda tak?


Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Rangkap ini diekstrak daripada syair Parsi - Musyawarah Burung (Mantiq Al-Tayr) tulisan Farid ud-Din Attar. Dalam syair tersebut, beribu-ribu burung terbang untuk mencari raja mereka, Simurgh. Daripada beribu-ribu burung tadi, hanya tiga puluh yang berjaya. Kejayaan mereka membolehkan mereka sampai kepada tahap mengenali sang raja. Bukan mudah untuk sampai ketahap tersebut kerana mereka perlu menghadapi 7 lembah. Sebenarnya,advencer burung-burung ini adalah perjalanan penulis syair tersebut dalam mencari makna dan hakikat hidup. Untuk maklumat lanjut mengenai perjalanan tersebut, boleh KLIK SINI!.

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Algojo itu adalah orang yang ditugaskan mencabut nyawa. Kalau di penjara,beliau mungkin orang yang memegang butang yang menjadi pemegang lantai di bawah tali gantung. Tapi hakikat sebenar, yang ditugaskan mengambil nyawa itu adalah malaikat maut. Andainya dia tiba dan mahu menjalankan tugas, boleh tak kita nak kata kat dia, "Oohhh nanti dulu!"?


Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih

Dua rangkap yang atas tu jelas dan terang, menyuruh kita berfikir antara melihat dari mata burung, with an open minded dan berpandangan jauh atau sekadar mahu melihat seperti katak di bawah tempurung. Hanya melihat tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau ada cahaya. Kalau tak ada? Gelap gelitalah jawabnya. Maka, pilihlah dengan akal dan iman yang dianugerahkan.


Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini


"Singkap kembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah. Rasullullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil. Maka dalam keadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna. Namun dunia kini sudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai. Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri yang terlalu banyak kekurangan, terkadang itu banyak kontroversi berlaku dan kita berada DI SINI!"

Semasa kekalutan jahiliyah, peraturan Islam yang dibawa oleh Rasulullah mengubah keadaan masyarakat. Namun setelah peraturan tersebut diubah-ubah, ia mengundang kekalutan. Dan di mana kita berada? Di sini,di dunia yang penuh kalut ini.


Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

Boleh tak merayu di saat akhir kehidupan. Waktu itu baru nak bertaubat, baru nak merayu, baru nak bersaksi dengan kalimah kebenaran (syahadah)? Baru nak kata, yang kita bersaksi sebenar-benar Tuhan hanyalah Allah. Sempat kah?


Tanya sama itu hud-hud

Lang mensilang

Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan ku ke mari

Oleh kerana burung hud-hud yang mendakwa bahawa raja si Muraq itu wujud dan menerbangkan kawanan burung ke tempat yang dituju, maka kena tanya pada dia lah tentang semua persoalan yang timbul dalam lirik ini. 

Lang mensilang Kui mengsikui maksudnya orang bukan orang hantu bukan hantu.

Musykil lagi?

Tanya sama itu hud hud


Wednesday, 10 July 2013

Rahmat, Pengampunan, Pembebasan dari api neraka.

Acapkali tibanya kedatangan bulan yang mulia ini, pastinya diri ini "di ingatkan dengan sendirinya" beberapa pesanan. 

bak kata Imam Hassan Al-Basri:

"Jadilah kamu hamba Allah (yang beribadah sepanjang masa, tempat dan suasana) jangan menjadi hamba Ramadhan (yang hanya tekun beribadah di bulan Ramadhan)"

Betul. Ramai di antara kita berlumba "memecut laju di "highway pahala" dengan bertiketkan bulan Ramadhan"..Namun bila tibanya bulan lain kita kembali ke landasan yang paling perlahan. Atas sebab apa..? Ramadhan telah berlalu?..Sebab tu diri ni sering di ingatkan jangan jadi Hamba-Nya hanya di bulan Ramadhan. Perlu istiqamah dan merenung khilaf diri. Yang mana boleh diperbetulkan kita perbetulkan.

"Rasulullah S.A.W pn ada pesan:

Dari Umar bin Khathab R.A berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesunggunya segala amalan itu tergantung pada NIATnya. dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan. Maka barang siapa yang hijrahnya kerana Allah dan rasulNya, ia akan sampai pada Allah dan RasulNya. dan barang siapa hijrahnya menuju dunia yang akan di perolehnya atau menuju wanita yang akan dinikahinya, ia akan mendapatkan apa yang dituju. (HR : Bukhari & Muslim)" (http://charkoeyteowgirl89.blogspot.com/)

Akhir kata : Semua amalan kita bergantung pada niat. Kalau niat kita nak mencari keredhaan-Nya, pasti dia akan tunjuk dan bimbingkan.

Friday, 17 May 2013

Awkward


PS : Sebab yang biasa tu terlalu biasa, sebab tu ada orang mencari yang luar biasa.


PS : Sebab penilaian setiap orang berbeza

Thursday, 16 May 2013

New Perspective



PS : Sebab sesetengah orang hanya memandang luaran sedangkan dia tidak tahu apa yang ada "di dalam":.

Saturday, 4 May 2013

Long distance

-so far distance taught me a lot of things but importantly i built trust on you-

menunggu itu menjemukan tapi itu yang terbaik kan. <3

Nerd mode on

There was an error in this gadget