Remember? Tahun lepas aku ada post entry berkaitan fadilat bulan puasa, time dulu-dulu sgt suka main selamba badak copy paste benda yg kita nampak dekat internet. Tanpa ambil tau benda yg kita post tu BETUL atau TIDAK. So baru tadi survey-survey dkt internet and terbaca beberapa blog yg mengatakan fadilat2 di BAWAH x betul. Antaranya :
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
PS : "2011" . Baru hari ni saya nak sedar. X senonoh!! :)
Comment di atas di ambil dari blog org lain. But i post the same thing. So boleh kira kene dekat batang hidung cheq sendiri jugak la kan? Honestly speaking aku "gemar" baca post2 yg mcm ni, sbb kita ni manusia yg cetek ilmunya, bila tgk sesuatu yg related dgn agama and tulis pulak "1. Kelebihan solat tarawih malam pertama : Diampuni dosa orang2 yg beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan" its like masyALLAH. Tau tak perasaan mcm org jumpa jongkong emas. Something like that la. Cuma bila dah keluar statement hadis ni hadis palsu kita rasa macam awww,,why,,tkilan nya. Sebab benda-benda mcm ni yg kebiasaanya bagi semangat utk kita bsungguh menunaikan solat sunat tarawih. Mcm dh tau kalau kita buat ni kita dapat SEJUTA duit Malaysia.haha. Siapa yg taknak kan.
Tapi tu bukan la alasan utk kita TAK pergi tarawih kan. Malam seribu bulan kan ada. Yang tu yang patut kita cari. Ahh there's so many things i would like to discuss about tapi ilmu aku....sob...Satu hari nanti. InsyAllah.
Sooo sempena bulan Ramadhan ni, jom kita ikhlas dgn diri kita sendiri,di mana Syaitan dirantai, yg tinggal hanya nafsu kita, sekiranya kita melakukan sesuatu yg tidak baik, perkara wajib ditinggalkan,sifat marah menjadi-jadi, asek nak buat benda lagho je, itu semua mmg 100% dari diri kita, x bole nk babitkan S.. dah. So renung2kan banyak2. Muhasabah diri. Percaya dan berharap sepanjang bulan Ramadhan ni kita mampu utk jadi lebih baik. Bukan dlm bulan Ramdhan je, InsyAllah utk sepanjang tahun.
-Selamat Berpuasa-

No comments:
Post a Comment