Kah?
1.40 A.M
Sedia maklum yang aku mempunyai masalah untuk tidur 8 jam.
Boleh dikatakan setiap hari aku tidur selepas isya' dan bgn sebelum pukul 12.
Sekiranya tidak pada jam 12 pasti aku akan bgn di tengah pagi yg orang kata kan buta. "pagi buta". -.-".
Gara-gara sudah terbiasa dengan gaya hidup begini,
sgt lah sukar utk aku kembali normal,
Namun tidak dinafikan ada kebaikan malah aku menganggap ini sebagai kelebihan,
Di mana,
Dulu kala sewaktu zaman student (hamboi bru 4 bulan tggl :P) aku sering bgn utk mengulangkaji pelajaran,
Suasana pagi yg tenang ditambah pula dgn bintang-bintang yg menemani membuatkan aku seronok utk "study".
Kawan-kawan sering menganggap aku genius sedangkan aku bertungkus lumus di pagi hari utk "menghafal" semua lecture note. haha perasan *dush.
Yang kedua,
ianya mendekatkan diri aku dengan Pencipta.
tatkala aku berseorangan aku akan berfikir betapa "keseorangan" nya aku,
disebabkan perasaan "keseorangan" tu aku semakin dekat dengan Nya. Alhamdulillah.
Sgt bersyukur walaupun aku sering tewas dengan godaan nafsu, Dia sentiasa kembali di hati aku.
Yang ketiga,
Dek kerana sekarang ini musim bola EURO,
aku boleh memanfaatkan kelebihan bangun awal pagi aku ni semaksimum yg bole (okey ini x betul)
hehe biarlah ! drpd dok sambung tidur balik baik pergi "beriadah".
dan pagi ini German Versus Netherland. X sabar utk melihat pertembungan dua pasukan yg GAH namanya ni.
Namun squad "the three lion" tetap menjadi pilihan ku.
Enough with the silly talk ohh silly u. *tampo diri sendiri. haha
No comments:
Post a Comment